Wang bertaburan di Hulu Selangor.



Salam kepada semua. Tetibe ada terasa keget nak menaip blog, lama tak menaip semenjak pemecahan komuniti EB? di Cyberjaya. Masing-masing yang akhirnya mencari dan keluar dari kepongpong statik kepada dunia luar yang lebih mencabar yang semakin dipenuhi kejadian tragis dan semulajadi. Komuniti disitu yang sudah lama berbilang kaumnya dan agamanya sebelum adanya lagi laungan '1Malaysia' yang terlalu heboh seolah dipaksa-paksa bunyinya berkumandang.

Dan kebelakangan ini ramai sepatutnya sedar dengan amaran-amaran yang semakin lama semakin ketara telah ditunjukkan dimata sekalian umat manusia. Kesibukan dalam pencarian mata wang, perebutan dalam mencari nama, kejaran kitar kehidupan yang dicanang selama ini oleh zionis yang dijadikan pedoman dan cara hidup muda mudi kini dulu dan selamanya sudah tidak releven dan jauh dari segi pemikiran intelek. Kepercayaan manusia terhadap wang ringgit sudah terlalu jauh dan tidak dapat ditenggelamkan dengan apa jua jenis ide mahupun ideology. Sememangnya amalan kapitalis dan demokrasi adalah yang paling berjaya dan ramai penyembahnya dan kadang-kadang juga kedengaran agak kelakar dan selebihnya menyakitkan hati.

Bertahun kita telah dihidang dan disaji dengan ketakutan kepada kuasa besar buatan manusia berilmu yang menindas dari segi kebebasan berfikir, hak bersuara dan hak memilih. Sudah sampai masanya Rakyat yang berkebolehan dan mampu berfikir secara logikal mengubah apa yang perlu diubah. OK come on anak muda, anda pasti mampu mengubahnya.

Comments