Kadangkala ada perasaan takut dan risau juga.


Baru-baru ini saya banyak membaca hasil-hasil tulisan dari ramai mereka-mereka yang telah ke Gaza, dan kebanyakannya memang menyayat hati, memberi pelbagai pengajaran dan perikemanusiaan. Kadang kala pula dan ajaibnya pula kejauhan maklumat yang mereka dapati dan mampu membabitkan berbagai jenis sentimen kebencian dan fakta-fakta kurang senang yang akan keluar dengan unsur kebencian dari rakyat negara kita sendiri. Dan saya juga tak nafikan perkara demikian ada kebenarannya juga selain dari meracuni pemikiran-pemikiran rakyat Malaysia yang selalunya dipenuhi kasih sayang terhadap kesusahan dan kehancuran negara-begara yang lain dan kadang kala pula bertepuk tangan pula dengan beberapa lagi kehancuran atau bala terhadap negara yang lain pula. Pelik-pelik.

Kehebatan Zionis merancang sejak dari berpuluh tahun lalu sememangnya tak dapat dinafikan(Yeahh!! memang hebat). Dengan sengaja berpengkalan di negara-negara jiran dan menjayakann negara berkenaan dengan sangat maju dan dedikasi ekonominya untuk kepentingan mereka sendiri. Dan masa yang sama sengaja mewujudkan atau menerbitkan sedikit kebencian atau rasa irihati kalangan rakyat Malaysia sebagai sebahagian rancangan jalan pemecah belahan berperingkat mereka. Dan berkemungkinan sengaja untuk mencetuskan sedikit isi permulaan berperingkat 'perang saudara' sehingga hilangnya sifat 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Ini adalah perkara yang menggerunkan.

Cuma caranya yang berbeza.

Ianya sama juga seperti kita membeli apajua keperluan harian kita dinegara kita. Jangan terlalu menunding jari kepada negara-negara jiran bahawa kita selalu berada dipihak yg benar. Dinegara kita sendiri bermacam Syarikat-Syarikat gergasi zionist bermaharajalela memberi kita keperluan harian dari makanan hingga ke pakaian hatta sabun yg kita mandi. Kadangkala kala sudah menjadi tempat untuk rakyat mencari rezeki jugak. Cuma ia kelihatan seperti kita diperah dan saling memerlukan dan akhirnya kelihatan halal kerana keperluan dan sebab nak hidup mengikut arus zaman pulaaa.


Pandang setiap barangan yang ada didalam rumah kita sahaja dahulu sebagai permulaan membuka minda betapa kita ini sangat lemah dalam memikirkan apa yang terbaik dan apa yang bukan terbaik. Kurangnya kaji selidik sehingga memakan diri sendiri semula. Mungkin sama bahaya dengan risiko apa yang saya cuba sampaikan.

Pokoknya mudah dan bukan mudah juga, bukan sahaja mencari keburukan tempat lain bangsa lain atau kaum lain, tapi kita harus berjuang untuk terus menjadi lebih bijak untuk mengatasi setiap inci perkara yang telah dirancang bertahun lamanya ini tanpa kita sedari sejak dari nenek moyang kita kecil lagi dengan bermula dari negara kita sendiri. Nak membasmi bukan bermula dari negara jiran atau sebagainya, tapi carilah jawapan itu disetiap genap negara kita sendiri hatta terhadap diri kita sendiri. Ingat kita antara yang terbabit membayar kepada zionist dengan alasan untuk memajukan negara.

Lihat saja dengan perkara yang kita suka, cara kita berpakaian, rancangan TV yang kita suka, cara orang2 melayu islam kita sendiri berniaga, cara kita memandu, cara kita mempersalahkan mereka yang jahat tanpa memikirkan kenapa mereka menjadi sedemikian, cara kita bergembira menyambut apajua hari ulang tahun dan apa sahaja majlis2 samada anjuran kerajaan, bukan kerajaan dan peribadi, cara kita mendapat pendidikan, cara pemimpin kita memimpin, cara kita membaca al-quran, cara kita mengata setiap orang yang kita lihat(mengumpat), cara kita melihat kesusahan dan kesenangan orang lain, gajet-gajet kesayangan kita, Facebook, internet dan berbagai lagi. Salah siapa? Eh, salah ke?. Kepercayaan kita terhadap sejarah perjuangan revolusi pemimpin2 ciptaan mereka pula bagaimana?

Saya bukan dilahirkan untuk menjadi pengganas, prejudist dan merosakkan sendiri apa yang dinamakan islam. Saya bukannya seorang yang pandai sangat atau baik dan terlalu suci, cuma kadang kala saya terfikir sesuatu yang baik untuk dikongsikan bersama. Apa jua yang saya cuba sampaikan adalah sebahagian dari apa yang patut dan masih perlu perbaiki dan pelajari.

Kalau ada kesilapan dan kesalahan sila beri tunjuk ajar. Terima kasih.

Mencari kebenaran bukan hanya setakat dengan melihat kehancuran malahan melihat dengan kesenangan, mungkin kesenangan itu dihasilkan dari kehancuran. Mencari pengetahuan bukan hanya dengan mempercayai satu unsur atau sumber bacaan tapi teruskan membaca apa sahaja tanpa memikirkan faktor politik dan benci. Amin

Akhir kata, jangan pentingkan diri sendiri.

Comments