Team Goal
Sekarang heboh bermacam-macam isu dikala Perlis dan Kedah dilanda banjir besar-besaran dek kerana Projek Keretapi yang gagal dikendalikan dengan baik.
Selepas kekalahan Pakatan Rakyat 2-0 ditangan BN. Kejutan juga telah dilakukan dari Ustaz Misteri di galas. Selepas itu kita dikejutkan dengan penarikan Zaid Ibrahim dari bertanding untuk jawatan Naib Presiden PKR dan perletakan jawatan beliau dalam semua jawatan yang disandang dalam PKR. Namun belum ada bukti sahih yang beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR. Macam-macam alasan dan fakta akan keluar kelak.
Perkara yang paling penting adalah mampukah genarasi Muda untuk terus mengubah mentaliti politik lama. Maka satu pasukan yang baik perlu untuk mencapai dan menepati sasaran.
P/S : Tahukah kalian 'Wakil Rakyat' yang kita lantik itu sepatutnya bekerja untuk mengatasi masalah rakyat?. Kalau tahu, Ok go kalau ada apa-apa pendapat atau mahu komplen dan pergi mintak kat beliau. Kalau selalu sangat beliau dgn janji2 palsu kita minta tukar dia.
Amacam dude?!!
Comments