Kita Beruntung atau Rugi.

Sikap kita kini mempengaruhi generasi akan datang.

Kitalah yang rugi kerana tidak menggunakan kelebihan kita yang dilahirkan beragama islam jika kita gagal menunjukkan sifat kita yang beragama islam kepada mereka yang bukan islam. Ini adalah persoalan yang jelas.

Mungkin aku perasan ramai rakan aku melayu yang beragama islam terlalu prejudist dan seringkali  memiliki pandangan negetive kepada setiap mereka yang bukan beragama islam. Terutama kepada bagsa cina dan india didalam negara kita sendiri.

Dan ramai juga yang selalu memuji-muji kehebatan orang Jepun dan orang Korea berfikir, cara setengah orang barat dan Eropah, cara mereka memerintah, ada yang cara mereka menghormati sesama kaum yang lain. Itu semua adalah sebahagian  yang memang sudah lama berada dalam agama islam sebelum mereka terfikir.

Dimanakah tahap ilmu kita selama kita bergelar sebagai umat islam?

Aku tak bagus dan pandai agama seperti beberapa orang sahabat aku, tapi aku ada hati dan perasaan. Kita lupa mereka yang bukan beragama islam juga punya hati dan perasaan dan perasaan ingin tahu. Sesuatu yang aku harus kongsi dan belajar antara satu sama lain. Apakah benda yang kita takutkan selama kita hidup sebagai umat islam.

Adakah aku bukan seorang yang beragama islam kerana aku berfikir sebegini?

Salahkah aku?

Comments