Perang Salib DiNusantara serta Konspirasi Yahudi & Nasrani

Wahhh. Baru selesai kelas Motivasi yang kedua kali ini. Banyak perkara bermain didalam otak lagi. Namun kerana banyak membaca banyak penulisan-penulisan yang memudahkan aku tak menjadi taksub seperti beberapa pengikut motivasi kali ini.

Semuanya cuma soal 'Ketuanan Melayu' yang mahu diolah kepada unsur lebih keagamaan agar dapat menyakinkan pendengar. Maka dapatlah beliau menjual betapa pentingnya kemelayuan dalam linkungan muslim diNusantara ini berbanding bertapa pentingnya Islam terhadap Muslim diNusantara.

Motivasi yang bertajuk "Perang Salib DiNusantara serta Konspirasi Yahudi & Nasrani" ini lebih banyak menyentuh kepada perpecahan bangsa melayu di nusantara ini berbanding membincangkan soal konspirasi Yahudi & Nasrani di areana Nusantara ini. Antara yang meninggalkan persoalan pada aku terhadap tujuan terhadap skript yang dibentangkan ini.

Mungkin bila perbincangan ini (yang lebih membincangkan soal sebenar bukan bermotif pengaruh2x politik semata) bermula akan menjadi seolah-olah ianya sekadar menembak secara rambang oleh setengah mereka yang lebih demokratik tapi bila ianya benar2x dibincangkan mungkin ada solusinya dan akan menjadi buah fikiran untuk para pemikir2x terus mencari pro dan kontranya. Aku cuma mampu berharap.

Inilah jadinya bila ianya cuma untuk tujuan sebagai pengaruh politik semata. Bila dah taksub perdebatan akan menjadi gila, maka kumpul data lebih afdal. Dan seperti dijangka akhirnya "Pihak pembangkang diMalaysia akan lebih terjerumus kepada motif konspirasi tanpa hujah dan fakta yang perlu dibincangkan dan dikembangkan, ianya keputusan muktamad dalam sesi ini".

Comments