Segalanya mungkin cuma perlukan Latihan!!
Everything is Possible Just Train Your Brain!! Apa da punya kuk..
Baru selesai motivasi dengan yahudi nih. Banyak bagi inspirasi tapi banyak juga membelakangkan agama islam, yela nama pun bukan beragama islam. Tapi masih boleh diolah agaknya. Mungkin aku kena kembangkan beberapa pengisian idea dengan beberapa orang muslim yang juga mengikuti motivasi ini. Antara yang menarik perhatian aku pagi ini bila menyentuh isu kreativiti, syukur takda soalan kearah batang hidung aku yang boleh buat aku radang paru-paru pagi ini.
Walaupun begitu aku memang rasa jauh dan amat ketinggalan bila dapat tahu bahawa ianya telah pun dilakukan pada 3 hingga 4 tahun yang lepas. Aku tabah.
anda boleh tontonya disini Joy & Mike Wedding Presentation
Segalanya seolah ingin diberitahu harini dari sudut kepantasan perkiraan mengunakan otak(Matematik yang sememangnya secara atas kertas menunujukkan kekurangan yang ada pada diri aku). Kuasa memory otak yang berkuasa tinggi. Memiliki bacaan dan bakat photography yang pantas. Memiliki kesihatan badan sebagai seorang atlet yang berlatih tanpa henti setiap hari. Dan paling ditekankan adalah 'Kunci melatih dan konsep latihan yang tepat untuk perkembangan otak'.
Makan masa berejam jugak la introduction sebelum dia nak beritahu kuncinya. Dan akhirnya benda yang ditunggu-tunggu itu kabur. Jawapannya kena beli buku beliau dan dvd2x yang sama seperti yang mak aku beli dari reader diagest isinya (agaknyalah).Dan jelas kelihatan riak wajah hampa kepada semua yang turut serta. Namun respone positive dari peserta tetap ada memandangkan kebanyakan mereka adalah dari benua eropah. Kat eropah takda benda2x mcm nih agaknya.
Aku punya muka memang standard takda respone, sebab dah boleh agak strategi penggiat fahaman kapitalist memang selalu mcmnih. Tapi takda la sampai kosong langsung dia bagi, ada la 'hint-hint'.
Comments