Everlasting Love


Saya dan rakan-rakan adalah peminat tegar pasukan Johor semenjak tahun 1990 lagi, dan sepanjang tempoh itu hingga sekarang kami tahu pasukan Negeri Johor berada dalam prestasi yang tak stabil, sehinggalah kebangkitan beberapa pasukan kelab dari utara dan selatan Negeri Johor meningkat naik dan berjaya mengembalikan suasana meriah bola sepak Johor. Dapat juga dilihat sokongan dan peningkatan peminat ke Stadium serta padang-padang bola juga telah meningkat di aras yang sangat positif selain dari persaingan mencungkil bakat-bakat tempatan.


Namun kerana kami tidaklah dilahirkan untuk membodek serta mengampu membuta tuli seperti sesetengah peminat pasukan yang baru berjinak-jinak menyokong Harimau Malaya hanya kerana nak kelihatan stylo semata, maka dengan itu kritikan dan sokongan dari kami tidak pernah henti walaupun kadangkala terbit rasa benci dan meluat terhadap prestasi pasukan Negeri Johor yang merundum serta perasaan yang sangat meluat dengan budaya pengurusan PBNJ yang seperti bau kaki Lokman Lidah Hitam. Namun kami tetap sayang akan pasukan Negeri Johor dan mengharapkan kebangkitan yang MahaAdil dan bukannya Aidil Zaquan.


Mungkin juga sudah jadi amalan saya dan rakan-rakan untuk melihat kebangkitan yang maha adil dari pasukan Johor memperluaskan kuasanya tanpa menggunakan jalan pintas.


Pernah juga diberitahu bahawa pasukan atau kelab-kelab yang beberapa tahun berhempas pulas bersaing dalam Liga M telah lama juga diberi tekanan dari pihak PBNJ dan menjadi drama RTM dan TV3suku ternyata akan menjejaskan mutu kesihatan kebanyakan mental rakyat Johor yang baru mahu mengenal perjuangan bola sepak yang abadi.


Selepas itu berlaku pula satu tranformasi oleh pengurusan PBNJ. Presiden baru dilantik, beberapa muka baru dalam PBNJ dibawa masuk secara 'Profesional' namun matlamat untuk menghapuskan Pasukan Kelab Tempatan masih lagi menjadi agenda utama PBNJ dengan alasan menyatu padukan masyarakat Johor.


Berbulan sebelum beberapa keputusan dan berita-berita mengejut yang berlaku untuk peminat pasukan Liga M tempatan. Kami ada cuba menghubungi beberapa wakil pasukan tempatan tersebut utk mendapatkan maklumat agar niat tehadap kemajuan pasukan kelab tidak boleh dinafikan. Namun semuanya membisu dan mengambil keputusan yg berlaku adalah sebagai takdir atau pun menerima keputusan tersebut sebagai jalan yang terbaik untuk bola sepak negeri Johor atau tidak mahu mengganggu perjalanan dan pelan tranformasi yang diambil alih kini, kerana sebelum pengambil alihan berlaku PBNJ memang sudah lama jahil atau jauh terpesong. Taat.


Bohonglah bagi seorg yang selalu memerhatikan jatuh bangun bola sepak Negeri Johor tak akan terlintas langsung utk berfikir apa yang sedang berlaku, kecuali mereka itu tergolong pada golongan 'pengampu' atau mereka kononnya benar-benar belaka, atau mereka itu jenis yang taktahu apa-apa dan mengikut sahaja, atau mereka ingin meletakkan kepercayaan dan benar-benar percaya dgn program tranformasi corak pengurusan baru PBNJ, atau mereka terpaksa percaya, atau mereka-mereka yang taat setia kepada Tengku Mahkota Johor selaku Presiden PBNJ. Atau mereka juga adalah peminat Fandi Ahmad yang dikatakan bintang bola sepak atau anak melayu pertama bermain secara profesional di Eropah, atau mereka memang peminat punggung naik, atau mereka juga mungkin baru tahu ke Stadium dan baru tahu kewujudan pasukan Negeri Johor, atau mereka yang lahir pada tahun 1997 dan keatas.


Mereka memang hitam macam kicap.


-Ayah Engkorang-

Comments