Dua ekor alien yang dasyat.

Maaf apa yang berlaku telah membuktikan kelambatan informasi aku. Tatkala semua seantaro Malaysia dah lamo gempar dengan kewujudan dua ekor alien yang dasyat. Dan aku baru tahu dan baru jer lepas tengok secara detail semalam dan hari nih baru teringat nak ulas serba sedikit.

Yang Pertama. BOBOdoh.

Oleh kerana keperhatinan yang jitu semalam terhadap corak kehidupan berjiran, kejiranan dan jejiran jadi aku laksanakan tanggungjawab dengan menonton video yang di share as a jiran. Dan

Baru aku faham dan tahu betapa teruknya aksi lahanat nih sekaligus telah mengurangkan atau melesapkan 'pahala puasa' aku diramadhan pertama ini.

Selama ni aku cuma dengar dan malas ambil tahu langsung. Walaupun aku ada kritik dan sembang menyembang seketika sewaktu beberapa sekolah mengambil beliau sebagai tetamu kehormat majlis disekolah-sekolah berkenaan. Komen harinih terhadap cikgu2x berkenaan adalah bangang betul cikgu2x sekolah berkenaan.

Tetapi setelah menonton secara 'sebenarnya' sepatutnya aku melakukan protes diatas tindakan cikgu2x berkenaan. Kalau anak aku sekolah situ insya'allah aku ajak mak bapak buat demonstrasi depan sekolah.

Dan selepas sahaja menonton di video lahanat nih di Youtube ofis aku bergegar seketika.


Yang Kedua. Kak Ton

Mujurlah kakak nih dah tua, kalau ikut nak gak keluar ayat tak elok semasa bulan puasa nih. Aku tatau berapa ramai tertipu dengan produk nih. Ok sebenarnya tak sahih pun produk nih bagus atau tak bagus, aku bukan irihati cuma kenapa dah kaya sampai nak mampos  tak boleh buat iklan komersial yang mantap dan berprestegik (bapaleh spelling mantap) !!??.

Alooo der2x sekalian! Korang tengok la muka KakTon macam mana wehhh!! Aku syak iklan tersebut mengguna ilmu hitam.

(Taknak letak Gambar beliau).

K wasalam.

Comments