Awas Babi melintas!!
Sahabat handai, sedara mara dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, jikalau anda memandu di lebuh raya AMJ Melaka ke Muar samada di Kandang, Kampung Alai, Jasin(atau kemungkinan dikawasan kawasan yang mungkin tak disebut) pada lewat malam. Anda dinasihatkan untuk perlahankan kenderaan agar tak terlalu laju, babi sibuk nak melintas pada masa tersebut.
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kehadrat ilahi kerana parent ngan kaklong saya selamat, mujur juga kerana bapa saya tidak memandu dengan laju semasa babi tersebut tiba2x melintas keluar dari semak samun dipinggir.
INI Untuk keselamatan bersama!!, dan sudah byk kes langgar babi dikawasan situ.
Saya tahu memandu dengan laju memang teramatlah bergaya sama seperti dalam filem2x. Dan saya faham darah kelajuan yang mengalir didalam tubuh kamu semua. Dan saya faham akan memandu lewat malam laju sebab takut hantu tumpang kereta.
Dan saya juga faham anda sudah berhabis beribu ringgit untuk melajukan kereta atau membeli kereta yang laju. Dan saya faham juga yang malang juga tak berbau, kalau malang tu berbau tapi anda masih tak faham tak tau la nak kata apa lagi. Dan untuk pengatahuan anda otak babi tak boleh berfikir seperti manusia sebab tu babi tersebut sesukahati melintas tanpa melihat kiri dan kanan.
Entahlah. Sukahati korang la..
seperti biasa : graphic diambil dan telah diolah dari vector2x download seperti biasa anda lihat.
Comments