Aku tak peduli (Telengnovela)
Tanggal 31 march 16 tahun lalu, lepas waktu isyak dengan sebuah kereta kancil pinjam milik sahabat, isik minyak RM5 (zaman ni minyak murah korang apatahu) aku rancang untuk bawak bakal makwe aku pergi dating makan malam.
Kalinih aku dah nekad nak beritahu apa yang tersirat dalam hati. Setelah bertahun aku hidup berkelana di negeri orang dan ditolak oleh 50 orang gadis aku tekad untuk terima tolakan yang ke 51 andaikata asalkan tercapai hasrat aku untuk memiliki makwe.
Dengan berbekalkan duit RM10 didalam poket dan tambahan 5 ringgit lagi hasil meminjam dari Dayat aku bawak bakal makwe aku pergi makan di sebuah restoren eksklusif dan mewah di Seksyen 15 Bender Beru Bengi(baca dengan lorat Perancis) iaitu Ameerali, sebuah restoren tersohor ketika itu dengan pelbagai juadah dan pelbagai tarikan seperti makwe2x UKM, UNITEN, GMI, MTDC, Nilai Kolej, IKRAM dan macam-macam lagi.
Walaupun dengan hanya Rm10, tapi sudah memadai untuk aku memakan makanan mewah seperti nasik lauk ayam kuah kari berserta teh o ais. bakal makwe pulak cuma order roti canai sebab dia dah makan dalam asrama katanya. So sebagai senior kolej aku pun belanja dia minum air teh ais. Alah gadis-gadis biasalah depan pakwe hensem baru kenal kannn....
Maka berboraklah kami bertukar cerita, ada yang kelakar ada yang sedih ada yang menyayat hati dan ada juga yang bermotivasi. Seperti biasa aku yang memang lahir2x dengan penuh ilmu didada akan mengusai suasana dan sering melontarkan pendapat pendapat bernas untuk menambat hati gadis. Bukan macam korang, cerita pasal ekzos moto, tak pun paling tinggi pun ilmu korang cerita pasal band hujan atau pasal iso canon d30..haih.
So ....aku pun memulakan langkah romantis dengan bercerita pasal 'struktur tanah', walaupun aku cuma seorang pelajar jurusan Multimedia manakala bakal makwe aku nih pula pelajar jurusan arkitek, maka mengikut perkiraan aku yang tak seberapa ini boleh la aku gebang pasal struktur tanah.
Namun, tak disangka,...dia juga hebat serta banyak mengambil tahu soal struktur tanah, gempa, less frequently, landslip dan wide range of ground movements. Rupanya kami ada minat yang sama dalam geografi dan geologi. Cuma aku lebih banyak berminat dengan klimatologi iaitu lebih kepada iklim atau sains atmosfera manakala dia pula lebih kepada persekitaran dan alam sekitar.
Tangah rancak kami berborak yang penuh ilmiah nih tetibe waktu seakan terhenti. Aku secara tak sengaja terpegang tangan sidia dan mulalah mata kami bertentangan dan secara automatis lagu 'Bukannya aku takut' nyanyian TBK berkumandang didalam otak aku, manakala sidia mungkin lagu 'Jerat Percintaan' barangkali.
Dalam hati aku 'Shitt...apajadah punya tangan. Dah ready ke aku ni'.
Dan sidianipun dengan tak semena terus bangun dan ajak balik. Dengan terkedek-kedek aku berjalan ke kaunter pergi bayor.
...................................
On the way pulang ke kolej didalam kereta... tak banyak kami berborak. Dia pandang kekiri dan aku pula pandang kedepan untuk memastikan pemanduan aku selamat.
Aku pun cuma memandu perlahan sambil cuba berfikir teknik dan strategi untuk memulakan perbicaraan. Iyalah boleh pulak aku lupa yang dianih jenis tak suka jenis orang yang ambil kesempatan.... hmmm tapi aku tak sengaja sebenarnya. Aku cuma berharap dengan harapan dia faham yang tadi adalah mistake yang tak disengajakan. Kalau tak pecah lagi rekod untuk yang ke 51 kali.
So dalam kepala otak aku nih memang tengah susun ayat...ayat untuk meminta maaf..
'Awak' aku memulakan bicara.
'Saya nak mintak maap nih, saya tak sengaja tadi terpegang tangan awak, saya betul-betul mintak maap' tambah aku lagi.
..........................
Tiba2x selepas Lepas 7 minit....
Sidia jawab 'Takpe, saya maafkan awak...janji lepasnih awak tak buat lagi dan....'
'Haaa..dan apa awak?!!' aku bertanya dengan gelojoh dan tak sabar.
'Awak janji nanti awak jumpa bapak saya dan janji untuk jadikan saya isteri awak yang sah dan kita dapat 5 orang anak' balas dia
'Alhamdulillah!!!' jeritan batinku
Pucuk dicita ulam mendatang bentak hatiku lagi.
'Insya'allah wak, saya janji, saya memang nak anak sampai 5 pun...kalau boleh saya nak sampai 14 orang sebab 11 orang tu 1st eleven dan lagi 3 tu substitute, boleh lah buat Mohd Azmeer FC..Senang takyah bayar gaji mahal-mahal, kalau kalah ke tak perform ke kita rotan je diorang' aku berseloroh.
Kami pun tergelak bersama-sama gegak gempita sampai depan pagar asrama dia.
Begitulah lebih kurang diawal cerita . Lebih 16 tahun usia perkenalan, pada penghujung tahun 2011 kami diijabkabulkan, 2012 kami dikurniakan cahaya mata pertama dan hingga kini kami dikurniakan 5 orang cahaya mata. Pelbagai susah senang bersama, pelbagai dugaan kami tempuhi dari yang buruk hinggalah yang baik. Tak pernah bermasam muka lama-lama. Kalau tergadah tu seminit kemudian dah boleh gelak ketawa balik. Alhamdulillah.
Thanks kepada pemilik kereta kancil hijau dan RM5 dayat disebabkan anda......tak reti nak sambungdahh..huhuhuhu...
Jadi dengan itu saya tujukan lagu ini khas buat isteri saya yang sedang makan maggi goreng depan tibi tu. Dengan ucapan tengah buat apa tuuuu...
Comments