SARANGHAE (사랑해) ZOMBIE - EPISODE 01


SARANGHAE (사랑해) ZOMBIE - EPISODE 01

Dibawah bangunan Mercu 3 KL Eco City sambil menghadap bangunan The Garden aku mendongak kelangit sambil mengenangkan sesuatu sambil tercungap-cungap dan penuh berhati-hati aku cuba bersandar disatu sudut dengan selesa sambil menyedut nikotin LD biru yang aku berjaya ambil tadi di MyNews. Waktu begini memang saat yang paling baik untuk berehat sebentar melepaskan lelah sebelum meneruskan langkah berikutnya.

Sudah hampir 1 minggu aku terperangkap dalam bangunan Mercu 3 tingkat 19. Dan sejak semalam aku bersama beberapa orang rakan nekad dan merancang untuk keluar dari bagunan ini dengan selamat. Aku ditugaskan untuk mengambil seberapa banyak bekalan makanan yang boleh bersama Faiz, manakala yang lain cuba untuk mencari kenderaan dan senjata yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri. Namun tak disangka kerana kesilapan kecil tadi telah memisahkan aku dan Faiz, kini aku hanya berharap Faiz dapat keluar dengan selamat. Sebab kami dah berjanji kalau apa-apa terjadi atau kita terpisah kita berjumpa disini, tunggu selama 15 minit kalau salah sorang tak muncul terpaksa teruskan perjalanan...
......

Aku mengelamun dan teringat akan hari ini setahun yang lepas negara dan dunia telah mengistiharkan kemenangan terhadap penularan pandemik Covid-19 dengan 0 kes jangkitan dan kematian dengan tiada lagi varian baru dan penduduk bumi 99% sudah mendapatkan vaksin. Kini beberapa hari yang lepas pula negara telah dikejutkan dengan kejadian aneh yang berlaku, dimana sekumpulan manusia yang sedang berparti didalam sebuah bangunan di tengah ibu kota secara tiba-tiba berubah menjadi ganas dan mula menyerang antara satu sama lain.

Di fahamkan bahawa mereka adalah pekerja-pekerja sebuah kilang milik Billionair Korea yang menghasilkan petrokimia diselatan tanah air yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke 31 syarikat ditengah ibu kota. Semua perkara berlaku terlalu pantas, secara tiba-tiba semakin ramai manusia yang bertindak ganas dan menyerang antara satu sama lain. Dan mangsa yang telah diserang oleh pemangsa boleh hidup kembali dan menjadi pemangsa persis seekor zombi dalam filem-filem omputeh.

Hari pertama kejadian sahaja dah huru-hara seluruh ibu kota. Ramai pekerja yang terperangkap didalam bangunan atau pejabat masing-masing, tidak ada sesiapa yang berani untuk keluar kerana takut akan diserang dan menjadi mangsa.

Semakin lama semakin ramai mangsa telah bertukar menjadi pemangsa. Bermacam-macam video, photo dan berita tular di media social. Dan difahamkan juga pihak kerajaan telah pun mengistiharkan darurat diseluruh Lumbah Klang, pihak tentera juga telah menutup dan mula mengepung seluruh Lembah Klang. Oleh kerana orang ramai yang panik dan berpusu ingin keluar lari telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyebabkan diri mereka lebih mudah terdedah kepada pemangsa yang digelar zombi ini.

Netizen...

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan dari Faiz...'Oii sengal!!!..Jom sambung lari'.

Aku pantas keluar dari tempat persembunyian dan terpandang berpuloh ekor zombie sedang mengejar.

'Argghh cilaka!' bentakku dan terus berlari. Berlari dengan beg galas yang penuh dengan makanan nih memang menyiksakan. Tiba-tiba sebuah van comel berwarna merah muncul dihadapan kami.

'Cepat masuk!' Jerit Hakim. Dengan sepantas kilat aku dan Faiz melompat masuk kedalam Van. Zaidi terus memecut kenderaan dan sempat melanggar seekor dua zombi dihadapan dengan penuh bergaya. Dengan segera kami berjaya meloloskan diri dan keluar dari KL Eco City.

'Korang dah check ke keadaaan jalan?' Tanya Faiz pada Hakim.

'Dah, aku tengok dalam fb dengan ig orang kemaskini jalan-jalan yang tak penuh dengan kereta dan zombie tengah-tengah jalan'. Balas Hakim.

'So mana hala tujuan kita?' Aku bertanya kepada mereka.

'Kalau ikutkan dalam nih diorang ada kemaskini jalan keluar yang dijaga oleh pihak tentera kat area Sepang, kat mana aku taktau la. Lebuhraya utara-selatan sungai besi memang tak boleh lalu sebab yang paling teruk banyak yang dah kena serang dan jalan pun dah terhalang.' Terang Hakim.

'Ok, boleh la terus kesana aku faham selok belok area sana..sambil-sambil boleh kumpul dan cari apa yang patut sebab makanan dan barang yang aku pergi ambil kat Mercu 2 tadi terpaksa sedekah kat zombie'. Jelas Faiz.

'Skkreeetttthhh...ekkk..ekkk...dishhhh!!!' Bunyi kenderaan kami yang dibrek secara mengejut dan sesuatu seperti dilanggar oleh van kami.

'Weehh Zaidi apehal?!.. Kau langgar apa weh!' Bentak Hakim dan Faiz.
'Nasib baik aku tak tercekik roti'. Sambung si Halim pulak
'Aku langgar rusa la weh, mana pulak datangnya rusa tengah-tengah KL ni'. Zaidi membalas.
'Pelik juga mana datangnya rusa, ke ko langgor babi Zaidi'. Balas aku.
'Ehh. Ni dah macam cerita Train Too Bosan wehh'. Pekik Hakim dan disambung dengan hilaian tawa kami.

Gedeganggg!!!....Tiba-tiba di atas bumbung kenderaan kami seperti ada sesuatu yang hinggap dengan kuat... Lantas kami berlima pun berpelukan dibelakang van dan melihat antara satu sama lain. Keadaan senyap sunyi seketika, kedengaran bunyi seperti sesuatu yang sedang bergerak dari atas bumbung van dan tiba-tiba hilang. Faiz memberanikan diri untuk melihat melalui tingkap kenderaan namun tak nampak sebarang fizikal lain kecuali seekor rusa yang sudah nyawa-nyawa ikan.

'Line clear'. kata Faiz sambil mengangkat ibu jari. Zaidi yang melompat kebelakang tadi terus ke tempat pemandu untuk menghidupkan enjin kenderaan namun gagal. Berkali-kali Zaidi mencuba namun tetap gagal.

'Bodoh punya van kompeni, ni mesti sebab tak servis minyak hitam'. Zaidi marah.

'Banyaklah kau, bukan ke ko langgor rusa tadi...mesti la tu ada impak kat enjin van tu kot, cer try start sekali lagi'. Hakim cuba memberi galakan. Dan setelah beberapa kali mencuba namun tetap gagal. Kami buntu mencari jalan penyelesaian, walaupun takut untuk keluar dan hari pula semakin gelap kami terpaksa memutuskan untuk keluar dari van dan mencari kenderaan lain yang lebih sesuai.

'Jangan lupa baca bismillah geng sebelum keluar'. kata Faiz.
'Aku doa makan pun dah baca nih Paiz, buat-buat keluo kang jadi zombi senang nak makan korang tak tercekik'. seloroh Halim.
'Choyyy mulut kau Limm'. Balas Hakim seram.
'Kau ni kalau aku lempang senget terus kang Lim'. Balas Zaidi sambil mununjukkan tapak tangannya yang besar.

'OK, dah jom ready gais'. Kata Faiz.

Dengan lafaz bismillah dan kiraan 3,2,1 kami berlima pun membuka pintu van melompat keluar bersama peralatan perlindungan dan senjata masing-masing. Halim bersenjatakan kapak dan penutup alluminium tong sampah, Zaidi pula dengan kayu besball yang dipasak dengan paku-paku di bahadian hujungnya, Faiz pula dengan sebilah parang panjang dan helmet fullface Velentino Rossi, Hakim pula dengan tukul besi 20lb dengan pemegang rotan dan aku pula dengan besi beton dan helmet arc steng.

Mulut kami tak putus-putus berselawat dan berzikir sambil mengorak langkah perlahan agar tidak membuat bunyi bising yang boleh menarik perhatian zombi. Kami berjalan menuju ke sebuah Kenderaan utiliti sukan atau SUV hitam tak jauh dari van kami. Zaidi tiba lebih awal di SUV terus membuka pintu dibahagian pemandu dan mendapati kunci kenderaan masih berada rapi dan kami yang lain terus memeriksa keadaan kenderaan dalam berada keadaan selamat sebelum diambil alih.

Halim cuba memeriksa bahagian belakang pintu dan dengan tiba-tiba muncul zombi dari belakang kenderaan dan menyerang beliau..kerana terlalu terkejut Halim terlentang dan senjatanya terlepas dari pegangan. Halim terus diterkam dan zombi tersebut cuba untuk menggigitnya. Mujur penutup tong sampah Halim dapat menghalang dari diserang secara terus oleh zombi. Melihat keadaan yang kelam kabut itu, Hakim segera membantu Halim dengan menghayun tukul besi 20lb nya tepat diatas kepala zombi. Maka berderai kepala zombi tersebut dengan darah, serpihan daging dan otaknya yang terpercik kepada Halim.

'Ahh..sial, pandai pulak zombi ni menyorok'. Bentak Halim sambil membersihkan muka dan bahagian badannya yang terkena serpihan otak dan darah zombi.
'Eh..tapi tadi aku macam ada dengar zombi tu macam berbunyi ke menyanyi'. sambung Halim dengan pantas.
'Ahh jangan merepek la kau Lim, tengok sebab ko banyak merepek sikit lagi nak kena mamam dengan puan zombi tua tu. Kahkahkahkah'. Gelak Zaidi
'Syuhhh! diam wehh, aku rasa macam ada benda terbang tadi atas kepala kita'. Hakim memberitahu dalam keadaan terkejut.

Kami semua tergamam dan memandang muka Hakim sambil melihat jarinya menunjuk kesatu arah. Mata kami menjeling kearah yang ditunjukkan oleh Hakim. Alangkah terkejutnya kami melihat satu makhluk dibalut kain hitam terapung dan tubuh badannya berasap, matanya tak dapat dilihat kerana memakai kaca mata hitam. Giginya yang putih tajam dan bertaring menyeringai memandang ke arah kami berlima.

'Cilaka pandai pulak dia pakai spek mata hitam'. Aku berkata
'Gais pelagi' Paiz bersuara

Dengan pantas kami masuk kedalam kenderaan SUV untuk mendapatkan perlindungan dari berhadapan secara terus dengan makhluk aneh tersebut.

Owh ya...selain dari zombi dalam beberapa hari ni ibu kota juga telah diserang oleh makhluk ganjil yang boleh terbang. Namun tiada kepastian ada berapa ekor, cuma ada beberapa orang netizen yang berkongsi video yang samar seolah-olah makhluk berkenaan juga menyerang manusia pada waktu malam. Tapi bagi kami makhluk ni sangat kami kenali kerana telah menyerang rakan kami sewaktu kami keluar untuk mendapatkan bekalan tempohari. Habis kering tubuh badan Syuhaimi dikerjakan makhluk ni dan makhluk ini juga sudah beberapa hari berterbangan mencari mangsa disekitar kawasan kami bersembunyi.

Izzaidi dengan pantas menghidupkan enjin kenderaan, memakai tali pinggang keselamatan sambil memastikan cermin sisi dan pandang belakang selamat digunakan. Hakim pula dengan segera mencucuk pendrive ke alat audio SUV ini dan memasang lagu kumpulan BTS dengan kuat bertujuan menghalau makhluk aneh tersebut. Dan dengan tak semena-mena makhluk tersebut menjerit dan terus terbang melarikan diri.

'Fuh..nasib baik sempat pasang'. Ujar Hakim.
'Sampai bila agaknya menatang nih nak ikut kita, dahlah siang penat nak ngadap zombi, malam dia pulak'. Faiz mencelah.
'Dah jom gerak'. sambung Faiz.

Bagaimana kami tahu makhluk aneh tersebut akan lari bila kami pasang lagu BTS sebab waktu sedang menyerang Syuhaimi sampai kering disebabkan sifat tamak makhluk tersebut ingin pula menyerang Hakim pula tapi dengan tiba-tiba i-phone milik Hakim berbunyi ringtone BTS. Nasib Hakim memang baik sebab wife dia call waktu tersebut dan dia adalah peminat tegar K-POP.

Keadaan pun sudah semakin gelap, perjalanan kami agak perlahan kerana dijalan raya banyak dengan kenderaan menghalang jalan dan tubuh manusia yang bergelimpangan. Kebanyakan tubuh yang bergelimpangan ini tidak memiliki kepala.



Bersambung....

Comments