SARANGHAE (사랑해) ZOMBIE - EPISODE 01
SARANGHAE (사랑해) ZOMBIE - EPISODE 01 Dibawah bangunan Mercu 3 KL Eco City sambil menghadap bangunan The Garden aku mendongak kelangit sambil mengenangkan sesuatu sambil tercungap-cungap dan penuh berhati-hati aku cuba bersandar disatu sudut dengan selesa sambil menyedut nikotin LD biru yang aku berjaya ambil tadi di MyNews. Waktu begini memang saat yang paling baik untuk berehat sebentar melepaskan lelah sebelum meneruskan langkah berikutnya. Sudah hampir 1 minggu aku terperangkap dalam bangunan Mercu 3 tingkat 19. Dan sejak semalam aku bersama beberapa orang rakan nekad dan merancang untuk keluar dari bagunan ini dengan selamat. Aku ditugaskan untuk mengambil seberapa banyak bekalan makanan yang boleh bersama Faiz, manakala yang lain cuba untuk mencari kenderaan dan senjata yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri. Namun tak disangka kerana kesilapan kecil tadi telah memisahkan aku dan Faiz, kini aku hanya berharap Faiz dapat keluar dengan selamat. Sebab kami dah berjanji kalau a